A Secret Journey

06 June 2021

Terapi mata dengan hobi baru

 Masa2 sekarang ni. Apa yang boleh di buat di rumah salah satunya mengumpul dan menanam anak- anak ni. Sukulen dan kaktus. Yang lain-lain kita share2 dulu.


Rak bunga khas untuk kaktus dan sukulen dibuat daripada hasil tangan Bapa Mentua. Berseni betul. Pertama kali dapat rak ni, memang happy ja. Salah satu hasil pendapatan si bapa ialah membuat rak2 bunga.


Ni kaktus Bulan / Moon Kaktus. Kaktus pertama yang dibeli sebelum ada penambahan di rak. Cantik pula. Tapi, satu colour ja dibeli. Haha. Masa tu belum cukup bajet.


Paling saya sayang ni Portulacaria Afra / Elephant Bush. Orang bilang boleh jadi bonsai kalau dia membesar jadi pokok renek. Satu ilmu saya dapat. Daun-daun warna pink ni bukan warna daun asal, ni sebab ada chemical reaction. Daun asal warna hijau ja. Akan bertukar warna daun lama2. Tidak sabar sendiri tengok perubahan dia. Saya belum pandai sangat jaga bunga yang ini. First try dia jadi arwah. Lepas tu, saya beli lagi sebab tidak puas hati. Harap yang kedua ni, dia tumbuh sihat .



Yang ni pula lithops. Bentuk macam otak. Ada juga orang panggil batu hidup. Terniat mau ada koleksi ni dalam bungaanku. Gambar ni bentuk Lithops saya yang baru saya terima. Buka2 saja parcel, semua Lithops badan berkedut. Ada yang mau salin kulit badan lagi ni.



Terus kita bagi terapi air ni Lithops. Esok2 tumbuh akar dan badannya kurang kedut. Sebenarnya, seronok juga ya bereksperimen dengan tumbuhan. Try and error saja.

Ni pun di eksperimen berkali-kali. Tapi, tidak pernah berjaya atau menjadi. Tidak tahu di mana yang salah. Mmmm...susah juga kasi beranak kasi bibit ni. Ada yang pandai propagate sukulen tak sini?



Ta raaa...


Ehh? Mini Garden mama mentua. Macam Nursery sudah. Ni pun dari kecil jadi besar sikit tempat ni. Semua rak hasil tangan si bapa mentua. Boleh santai sini sambil menenangkan fikiran. 


Dipenuhi betul dengan bunga keladi dan bunga ati-ati.


Bunga Mawar mama mentua yang bikin suka tengok hari-hari.


My Collection. Masih mengumpul..


Bunga Duit. Baru beli juga tapi id tidak tahu .
Mungkin id Peperomia kan?


My Callisia Repens...yang warna pink lady lagi belum ada koleksi. Cantik2 bah semua.



My Portulacaria Afra guna batu Lava Rock saja. Kesayangan betul ni. Haha


Sekian, nanti saya update lagi. 😊

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah


 Menarik GA dia kan. Jom meriahkan GA by Atiqah Najihah. Berlangsung hingga 20 Jun. Click Banner. 💓

15 May 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021


 Jom meriahkan giveaway 😁

Serbu Blog Kesayangan

 Hai hai hai...ada yang rindu tengok blog saya? Hihi


Lama tidak buka kan. Sekarang saya tidaklah se aktif yang dulu². Suka ada blog tapi tidak tahu dan tidak ada idea langsung mahu dicoret apa disini. Oh ya...buat rakan blogger muslim, saya ucapkan Selamat Hari Raya! 0-0 ya. 😊


Ta-da

11 July 2020

TAMAT giveaway by 'A Secret Journey'


Saya lupa ingat lupa ingat. Ingatkan 10 julai baru tamat giveaway. Sekali check balik, 6 julai rupanya last giveaway tu. Haha

Dengan ini tamatlah Giveaway yang tidak seberapa. Terima kasih banyak2 yang join walau tidak semeriah mana tapi saya happy gembira ni. Ada juga yang sudi support join juga ya. Syukur. Semoga korang semua dimurahkan rezeki. Semoga apa-apa urusan dipermudahkan.

03 July 2020

Makan Mochi


Yummy


Lama teringin nak rasa Mochi ni. Akhirnya, terasa juga. Nak juga rasa ala-ala Jepun gitueww...inti dia yang saya makan

21 June 2020

Giveaway by A Secret Journey



Syarat² Penyertaan Giveaway by A Secret Journey

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja.
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by A Secret Journey". Tepek banner berserta link sekali ke post ini ya