A Secret Journey: Panduan Colour Matching

02 March 2018

Panduan Colour Matching

Hello anak-anak Blogger sekalian...hehehe...okey, hari ni kita akan belajar tentang 'Colour Matching'!
Pernah tidak, anda mengalami masalah dalam menggabungkan warna pakaian? Kadang kita rasa dah okey dah gabungan warna pakaian yang dikenakan, elok je rasanya. Eh, tetiba ada pula yang cakap pakaian yang kita pakai hampir nampak macam badut lah... tak ada fesyen langsunglah...apalagi sekarang ni zaman suka sangat berfesyen, kita pun kenalah ikut rentak sekali. Same to me, yang penting pakaian yang kita pakai tu selesa. Tapi...kadang ada juga perasaan nak melawa, memang begini ke kalau perempuan. (Lumrah Kaum Wanita) ke sis terlalu lurus bendul? Haha...





Untuk Colour Matching ni, bagi sesetengah orang memang akan ada kesukaran sikit dan bukan mudah juga tau. Lainlah kalau dia sudah pakar bermain warna, itu namanya kreatif. Jadi yang tak pandai gabung warna ni tak kreatif lah? eh, eh apa yang di mengarutkan ni...saya teruskan.




Korang tidak perlu risau kerana korang pun boleh jadi kreatif. Saya sharing gambar warna gabungan di bawah ni. Dapat dari entah tak ingat...BTW, bolehlah dijadikan sebagai panduan korang. Nak guna pada pakaian boleh. warna tudung boleh. Nak hias bilik guna colour gabungan dalam gambar bawah ni pun boleh. Jadi, lepas ni bolehlah anda bereksperimen ya...








Beautiful colour combinations


Gorgeous colour combinations


Romantic colour Combinations


Sweet colour combinations

Amacam?


tengok...model-model saya pun dah try colour ni...dengan gayanya yang tersendiri. haha^^










Sedikit Info :




1. Primer vs Warna Sekunder.
Warna merah, kuning dan biru adalah warna utama (warna asas). Sedangkan warna lain di antara ketiga-tiga warna ungu, hijau dan oren adalah warna sekunder (derivatif).


2. Warna berbeza vs Matching.
Warna-warna yang bertentangan antara satu sama lain adalah warna yang berbeza (mis. Ungu dan kuning). Walaupun warna kedudukan yang berdekatan adalah warna / keharmonian yang sepadan (misalnya oren dan kuning).

3. Warna-warna Hangat vs Warna Sejuk.
 
Merah adalah panas dan biru sejuk ... merah adalah warna paling hangat, manakala warna biru adalah warna yang paling sejuk. Dalam warna komposisi hangat (seperti merah dan oren) akan lebih menonjol daripada warna-warna sejuk.

4. Warna Putih dan Hitam.
 
Seperti makanan, putih dan hitam adalah hambar dan tidak enak, tetapi mereka memainkan peranan penting dalam mengawal kegelapan warna. Warna putih dan hitam adalah warna khas yang tugasnya menjelaskan atau menggelapkan warna secara umum. Boleh rujuk kat google pasal roda warna yer...


Sekian...^^



10 comments:

  1. color matching ni problem tauuu bagi perempuan. hahaha. terkadang depan wardrobe, eh masuk ke warna ni dengan ni. okay ke tak ni. haha

    ReplyDelete
  2. romantic colour list tu best

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang masalah warna.. kadang-kadang tu jugak baju bukan main banyak dalam almari tapi still fikir "tak ada bajulah nak pakai hari ni" hahaha.. btw nice sharing sis.. ^^

    ReplyDelete
  4. ggod sharing..cikyan pon xpndai sgt bab ni...kdg main bedal je pakai sluar lain, baju lain...hahahhaa..

    btw comel je awk punya kartun...i likeeee !

    ReplyDelete
  5. nice sharing! kadang azah pakai baju hitam je nak selamat. hahaha

    ReplyDelete
  6. mase tgk colour matching tu mcm yeke okay ni kan?
    tp bila dah tgk model-model comel awak beraksi, hahaaa rasa mcm berkeyakinan jgk nak cuba >w<

    jemput bace new entry and tgl komen di new entry sy jom ^^

    http://coretan-athirah.blogspot.my/2017/03/pengumuman-pencarian-bloglist-sesi-mac.html

    ReplyDelete
  7. wahh.. boleh buat match utk rye t..hehehe

    http://jajastollymolly.blogspot.my/2018/03/manisnya-ujian.html

    ReplyDelete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^