A Secret Journey: Tahi Lalat

11 July 2018

Tahi Lalat

Hari ni nak cerita pasal tahi lalat ya. Memandangkan I is tidak tahu nak tulis entri pasal apa. Tiba-tiba dalam kepala otak saya ni terfikir tentang kemunculan tahi lalat ni. Dia sebenarnya datang dari mana ya? Orang cakap, kalau ada lalat terbang-terbang.
Terus tiba-tiba lalat tu hinggap kat tangan kita kah, contohlah...maka, terjadilah tahi lalat itu di situ. Haha...kenyataan yang salah sebenarnya. Tapi, kalau saya lah kan punya fikiran. Kalau kita kira berapa jumlah tahi lalat, maka semakin bertambahlah jumlah tahi lalat tu. Boleh pula macam tu...

Tahi lalat ni dia bintik hitam dan ada juga yang berwarna sokolet. Yang sebenar-benarnya, tahi lalat boleh saja tiba-tiba muncul ataupun sejak kita lahir lagi. Tahi lalat memang sudah ada di permukaan kulit kita. And yea, tahi lalat ada macam-macam bentuk. Ada besar, ada yang timbul, ada oval, ada yang kecil ja. Jangan hairanlah yang tahi lalat ada bulu tu.

Teringat pada kisah mama bujang-bujang dulu. Mama kita still nampak muda tau ngehehe...muka mama kita memang ada banyak tahi lalat bintik kecil. Tapi, bila sis tengok, nampak macam cantik je. Kata mama, dulu-dulu masa muda. Dia memang banyak peminat. Mungkin semua itu disebabkan oleh tahi lalat mama kan, boleh saja tarik perhatian orang. Ah! Apa benda pula aku merepek ni kan hihi. Mama dulu-dulu bukan saja ada tahi lalat bintik-bintik kecil ni, yang besar menonjol pun ada. Mama sampai buka potong tahi lalat yang tonjol keluar tu, sekarang dah tak ada.

Terjadinya tahi lalat ni boleh saja disebabkan oleh beberapa faktor...salah satunya...

1. FAKTOR GENETIK/KETURUNAN
kemungkinan boleh saja disebabkan oleh keturunan atau genetik yang diturunkan oleh anggota keluarga yang punya tahi lalat.

2. TINGGAL DI TEMPAT PANAS
Katanya, timbulnya tahi lalat disebabkan oleh kulit kita yang sudah rosak akibat sinaran cahaya matahari. Cuaca yang panas ni lebih mudah membuat tahi lalat timbul di permukaan kulit.

3. UBAT-UBATAN
Mungkin juga disebabkan oleh ubat-ubatan yang kita makan.

4. PENYEBARAN MELANOSIT TIDAK MERATA
Disebabkan kehadiran sel melanosit yang menyebar secara tidak sekata akan membentuk tahi lalat yang baru. Jadi, setiap kali kita terjumpa tahi lalat yang baru ni di bahagian badan, mungkin juga disebabkan oleh pengedaran melanosit yang tidak sekata.

Sekian sajalah pasal topik tahi lalat..k bye

#CRgoogle

3 comments:

  1. masa kecik-kecik dlu pun terpikir lalat yang berak. terus jadi tahi lalat. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha dulu kecik kecik pun ingat sebab lalat haha.

    ReplyDelete
  3. MB pun dulu ingat sbb lalat dok berak. hahahahaa

    ReplyDelete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^