A Secret Journey: Join Majalah Kreko

22 April 2018

Join Majalah Kreko

Singgah lagi ya Bloggers sekalian...

Hari ni ada moment paling indah buat sis sendiri tau. Rasanya inilah pengalaman pertama hasil tulisan sendiri masuk dalam majalah. Dah lama sangat sis nak ni, akhirnya tiba juga giliran dan masuk juga. Walaupun tak dapat apa-apa, maksud sis macam upah kah. Lebih kurang macam tu lah.
Tapi, kepuasan dalam menulis tu ada, impian yang selama ini dimimpi-mimpikan akhirnya tercapai jua. Siapa yang pernah macam sis, mesti faham perasaan excited tu.



Ceritanya macam ni, sis nampak siaran kenalan FB sis kongsi pasal komik ni. Hah! Sis pun memang adalah...sikit...minat minat dengan komik ni. Tekan punya tekan, sampai kat page kreko ni. Huh gigihnya aku stalker check sana sini tau. Sampai jumpa post di mana mereka majalah kreko ni memang sangat mengalu-alukan mereka yang minat menulis cerpen. Tak kisah tema apa sekali pun. Yang penting tak sentuh isu sensitif dan semestinya menggunakan bahasa melayu 100% dalam penulisan. Penilaian cerpen tu dibuat masa cerpen tu disiarkan dalam majalah. Boleh tengok berapa bintang mereka bagi. Sis pun apalagi, dah nampak peluang depan mata. Terus cubalah juga walaupun sis tahu yang tak lama lagi sis ni akan jadi mama tau. Ah! Tak kisahlah. Mama yang ini masih ada jiwa remaja also budak-budak hahaha...



Jadi, inilah dia. Tengok tu...ada muka sis lagi tau. Minta puji kejap ye. Hehehe...ni Majalah Kreko tau isu #11. Mulanya, sis tak tahu nak tulis cerita apa. Fikir punya fikir, tukar tajuk. Sis cari tajuk cerpen dan jalan cerita yang sesuai bagi usia belasan tahun ni. Apapun, apa yang sis tahu pasal majalah ni. Dia majalah ala-ala majalah anime begitu, sesuai untuk mereka yang memang minat dalam dunia anime atau Jepun ni. Dalam ni ada komik, mesej, artwork, cerpen, cosplay dan dll. Nah, yang minat tu bolehlah ikut join sekali tau. Umur pun tiada halangan untuk ikut. Sambil tu boleh juga asah bakat menulis. Cari page kreko kat FB nanti...tq Kreko...

Kebanyakan peminat majalah kreko ni sis lihat dalam lingkungan umur 20 tahun ke bawah rasanya. Sis 21 tahun dah, sis masih dalam kategori remaja kan? Bahahaha...

Jadi, di akhir entri ni. Apa yang sis nak cakap selagi kita ada peluang tu, cubalah untuk capainya. Sebab bukan selalu kan dapat...cerpen yang disiarkan dalam majalah ni, sis jadikan ia sebagai langkah permulaan untuk capai cita-cita. Boleh jadi pembangkit semangat sis selalu. Menulis selagi peluang itu ada! Menulis sampai kita rasa puas!

Tada~

4 comments:

  1. first time dengar pasal majalah ni ~

    ReplyDelete
  2. dulu zaman sekolah selalu juga beli majalah kreko ni sbb suka baca manga jepun :)

    ReplyDelete
  3. WOW! mahunya tak excited hehehehe...
    Tahniah Mrs. A ucapkan.

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^