A Secret Journey: Makan Mochi

03 July 2020

Makan Mochi


Yummy


Lama teringin nak rasa Mochi ni. Akhirnya, terasa juga. Nak juga rasa ala-ala Jepun gitueww...inti dia yang saya makan
ni, kacang hitam dan satu lagi tu kacang tanah. Bagi saya rasa okey sedap. Sekali ngap, rasa liat2 macam tepung pulut. Macam kueh Angku pun ada. Eh? Tapi mochi ni terasa lembut sangat bila digigit.

Pernah nampak orang buat Mochi ni. Buatan tangan sendiri. Tapi, belum pernah nak try lagi buat. Dia guna tepung pulut, inti kacang tanah yang kena tumbuk, gula. Masak macam cara masak kuih Puteri mandi juga gais. Siap masak, baru salut sikit dengan tepung pulut lagi. Bagi nampak macam kuih Mochi.

Saya ada buat research pasal sejarah mochi ni juga haha. Sampai ke situ pula ya haha. Makanan Mochi ni dibuat dari beras. Ditumbuk guna lesung diorang yang besar tu eh sampai likat. Sebelum diproses membentuk jadi bulat. Kuih ni memang terkenal di Jepun. Bila waktu Perayaan Motchitsuki atau Perayaan tahun baru Jepun, kuih ni akan muncul. Eh? Dimakan dibuat.

Sumber Google

Sumber Google

Sebenarnya, kalau dulu2 mochi yang dijual cuma ada dua jenis ja tanpa inti dan dengan inti isi kacang. Sekarang, macam-macam ada perisa durian pun ada. Perisa strawberry pun ada. Coklat pun ada. Sedapnya. Oh ya...ada terbaca lagi selain famous di Jepun, famous juga di Tiongkok dan Taiwan sampai2 resepi makanan mochi ni dikasi jadi sedap lagi. Mau juga inti yang sedap2. Dan kalau di Jepun kan, mochi dimakan pada hari perayaan Mochitsuki atau perayaan tahun baru saja. Tapi di Tiongkok dan Taiwan, diorang jadikan mochi ni sebagai makanan ringan yang boleh dimakan bila2 masa ja mahu.

Setakat itu sahaja apa yang diketahui. Kalau di filem Jepun. Ada nampak ni petani atau samurai makan mochi. Nampak sedap apalagi diorang makan masa musim sejuk tu. Macam mau ikut makan ja.

4 comments:

  1. comelnya tengok dia punya rupa... tak pernah lagi makan mochi ni

    ReplyDelete
  2. mochii..lembut2 jer..sellau mkn hat juai kat empire sushi tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Ala teringinnya nak makan mochi !!. Jemput singgah ke blog saya dan follow awak

    ReplyDelete
  4. comelnyee mochi tu.. sayang nak makan hihi..
    saya suka mochi juga.. xleh sebiji rasa tak puas..

    ReplyDelete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^