11 August 2018

Si Lada Jambak Adik

Tanaman adik nombor ke 5. Ini tanaman dia si lada jambak katanya. Baru darjah 5, kami biasa panggil dia cayo atau kalau tengah gurau si 'Abang Hitam' lah.
Kan kulitnya hitam-hitam manis. Adik nampak tidak kisah dengan panggilan tu...apapun, sedikit kagum dengan dia ni. Memang rajin kalau kena suruh tanam bunga atau sayur. Memang menjadi tanaman dia ni. Kata mama, kalau menjadi tanamannya itu bererti tangannya sejuk. Kalau tidak tu, tangan panas lah namanya. Betul ke...hihihi. Ada dalam 90% jugalah saya cemburu dengan si adik ni. Kalau kita yang tanam memang tak jadi. Mungkin ada jugalah, tapi tidak semua.





Adik saya ni memang rapat dengan ayahnya. Bagi saya, ayah macam hero bagi adik saya yang lelaki ni. Yang adik lelaki bongsu pun memang rapat dengan ayah juga. Jadi, kalau macam ada apa-apa aktiviti masa lapang si ayah, memang yang adik lelaki nombor 5...si Abang Hitam...turut sama dengan ayah. Yang bongsu tu faham-fahamlah, memang manja sikit. Kami yang adik-beradik perempuan dengan mama saja, bah apalagi memang gosip juga kami punya kerja. Adik lelaki nombor 4 pula memang selalu dengan nenek datuknya, dia rapat di sana. Semuanya ada 6 orang adik-beradik termasuk saya, 3perempuan dan 3lelaki. Tak salah nak merepek nak cerita sikit-sikit pasal family kan. Hehehe...

Sebenarnya, baru tahun ni start menanam sayur. Sekurang-kurangnya tak perlulah keluar duit bila pergi ke pasar. Dapat jugalah simpan duit, jimat...idea ni datang dari si ayah. Huishh...ayah punya angan-angan ni sampai nak menjual sayur dalam satu kampung ni. Adalah untung sikit katanya. Tapi, itu betul. Tidak ada yang mustahil. Terbayang pula kebun sayur mak cik saya. Bukan main banyak lagi, luas. Hari tu, masa tahun lalu rasanya tak silap. Ada seronok sikit hati ni tau, rasa nak pungut semua pula. Sayuran merata-rata, tinggal pungut saja. Saya seolah-olah masuk ke dunia baru yang penuh dengan rimbunan sayur-sayuran. Wuishh...ayat. Cewahh...well...minta yang baik-baik. Wish that one day will be as what we hope it.❤

#Baru saya tersedar, banyak juga ya saya guna perkataan 'Memang' tu. Pedulilah...

Ni saja tambah gambar hehehe

1 comment:

  1. "bila tanamannya jadi, berarti tangannya sejuk, bila tidak, tangannya panas" hihihi terdengar menggelitik tapi betul tuh kata ibunya^^ hayoo Sherly tangannya sejuk atau panas? :D

    Selamat berkebun sherlyanna, ditunggu postingan tentang tanamannya kembali.. Aku suka tentang tanaman2 :)

    ReplyDelete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^