14 August 2018

Segmen Bloglist 2018 A Secret Journey TAMAT

Holla gais...


Maafkan dan ampunkan saya sebab lambat sangat update entry pasal segmen bloglist 2018 ni. Untuk pengetahuan, segment bloglist 2018 A Secret Journey yang dibuat oleh saya telah tamat pada 08.08.2018. Due date segmen sampai 07hb 8 sempena bday anak first sis. Syukur, Baby Poly membesar dengan sihat. Dan syukur juga, seramai 19
orang yang join segmen saya. Tak apa, sikit ke banyak ke, saya sangat menghargai. Terima kasih support. Untuk mereka yang tak sempat nak join, its okay...tahun depan, kalau tak ada halangan, saya nak try buat contest atau GA pula. Confirm semua memang suka hadiah free kan hehehe...jaga korang kalau tak join, hmm hihihi.

Memandangkan majoriti yang join segmen ni banyak bloggers ceritakan tentang diri mereka. Ada yang pendek, ada yang panjang. Nah...saya pun tak nak ketinggalan juga. Tak apa, biar para bloggers sekalian saling kenal mengenal tapi dalam blog jer haha.

Ok. Nama penuh Sherlyanna angiela Martin. Dan nama pendek pula Lily atau pun Sher. Nama yang diberi oleh ibu bapa saya ya. Dah bekeluarga, hidup sederhana jer. Dah ada anak, baby boy anak sulung. Belajar sampai STPM saja. Tak dapat sambung yang lebih tinggi.  Huhuhukk sedihnya...walau macam mana pun niat nak sambung belajar tu masih ada setelah setahun berlalu. Baru aku  tersedar dan menyesal haha...lambat atau cepat, semoga saja impianku itu nanti tercapai. Rindu belajar. For ur information, saya jenis orang yang quiet. Dengan orang yang betul-betul rapat dengan sis saja, baru banyak bercakap macam suami saya, siblings saya, mama saya dengan kucing saya sekali, blog saya. Heeeee...jadi jangan hairan dengan orang pendiam yer. Entahlah kalau saya ni, jenis bukan berani nak cakap. Haiihh...

Sambung balik. Segmen saya ada 19 peserta yang telah ambil bahagian k. Di bawah ni saya dah siap screenshot guna phone pergi blog mereka (Gigihnya aku kan hehe), sorry nak guna laptop sebenarnya tapiii...hmmm...haha...huhuhu...hihihi...ini pun bolehlah. By the way, bawah ni semua akan masuk dalam bloglist saya. Nanti, senang korang atau sis nak blogwalking. Thanks sekali lagi buat bloggers yang join! Semoga korang dimurahkan rezeki.❤❤


Semoga dikurniakan baby yang comel buat Ejulz dan isteri. Tak pandai main sesetengah permainan sukan tu takpe, asal ada minat dan nak sihat itu bagus. Good, bagus tu, cari pendapatan untuk family. Bertuah isteri Ejulz ni hehe.
Oh ya, gaiss, bloggers area Kuching. Kemon cari si Ejulz k. Ejulz nak cari geng dia.
Boleh lawat blog Ejulz SINI http://ejulz.blogspot.com


Wa, kadang saya pun join segmen. Saja nak tambahkan entri. Its okay. Cepat atau lambat, semoga awak dapat kerja yang tetap.
Boleh lawat blog SINI https://sayapejuangbahasa.blogspot.com


Hi Mommy...hihi...nice, muslimah model tau. Blog pun pink-pink❤ Semoga sentiasa sukses dan dimurahkan rezeki.😊
Boleh lawat blog Mommy Dhiya Sherina SINI http://www.aimisyahirah.com




Hi Shikin...wa, boleh jadi geng ni. Saya pun pencinta kucing juga. Kalau boleh, siang dan malam bagi kucing makan. Nak nampak kucing tu gemukss. Boleh tahan, 30 ekor tu kira banyak juga tu awak bela. Haha, terbaik gelaran askar wataniah tu. Huh, tengok kartun and anime. Kata orang, yang minat tengok kartun tu ada jiwa kanak-kanak.😊Shikin ada buat perkhidmatan urut khas untuk wanita muslimah.  Semoga bisnes awak terus maju dan dimurahkan rezeki.
Lawat blog Shikin SINI http://www.shikinrazali.com


Salam perkenalan buat Syaza. Wa, mommy juga ye. Hi mommy...hihi...bday Syaza tak lama lagi, jumaat minggu ni. Wish awal-awal dulu lah, hepi bday buat Mommy Zehraa. Semoga bisnes maju dan sukses, semoga kebahagiaan keluarga kekal dan panjang umur. Syaza bisnes Shaklee. Cari je Syaza tau kalau nak Shaklee. Pernah dengar juga Shaklee ni, bagus untuk ibu lepas bersalin ni. Klik SHAKLEE
Lawat blog Syaza SINI http://vitaminsyaza.blogspot.com


Haha...nice Farhana. Yup! Movie, buku, musik dan makanan memang menceriakan kehidupan. Semoga impian sis tercapai satu hari nanti. 😊
Lawat blog Farhana SINI http://www.farhanajafri.com


Mommy cool ni. Jangan sekali-kali pandang rendah. Hehe...
Lawat blog SINI http://jombercontest.blogspot.com


Nak tahu pula siapa Zafirah ni lebih dalam. Nanti saya stalk dia hehe..masih belajar lagi. Same, umur sama and anak pertama. Beza, saya dah kahwin. Yes, betul tu, blog boleh jadi kenangan kita. Semoga sentiasa sukses buat Zafirah.
Lawat blog Zafirah SINI http://zafirahnazri.blogspot.com


Ada juga tengok-tengok blog sis ni. Ternampak part-time kaki drama (Drama Review) katanya. Boleh try godek blog ni, nanti saya pun nak blogwalking balik.
Lawat blog SINI http://sweetepalhijau.blogspot.com


Hebat tu. Boleh pula menaip sambil dengar cerita suami dia ni. Pasal naik Gunung Yong Belar tu. Kat mana tu...mommy juga pula. Helo mommy...semoga kebahagian keluarga terus kekal dan dimurahkan rezeki.
Lawat blog SINI http://www.adianiez.com


Hi S.K. Masih belajar lagi. Oh baru tamat final. Semoga dapat keputusan yang baik! 😊
Lawat blog S.K SINI http://stnrsyfh.blogspot.com


Hehe...sebab tu saya tulis, nak ceritakan diri tu terpulang pada bloggers. Cewahh kekekeh...wa, walau tak banyak cakap pun bagus sebab tak sombong. Saya pun gitu juga sis, ada masa boleh jadi silent reader. Betul tu sis. Semoga awak dimurahkan rezeki. :)
Lawat blog SINI http://www.asyiqin.com


Kira Nurul Najihah ni dalam kategori ulat buku jugalah kan. Hihi...semoga dimurahkan rezeki. 😊
Lawat blog Nurul Najihah  SINI https://itsnurulnajihah.blogspot.com


Rasanya Banu ada buat korean drama review. Cer tengok blog dia. Sape yang minat korean drama tu. Apapun... Semoga dimurahkan rezeki.
Lawat blog SINI http://mulan-sahbanu.blogspot.com


Hi Siti Nurain...kira lama juga tu 2012 blogging. Nice...waduhh, tips macam mana ada masa tulis blog ya. Betul tu, kekadang susah juga nak cari masa. Bagi saya, carilah masa nak tulis entri blog, boleh jer set tarikh and masa nak tulis entri blog tu. Saya ni mesti simpan dulu kat draf kalau tak sempat nak tulis, nanti boleh sambung kalau free. Hehe...selamat berkenalan. Semoga dimurahkan rezeki.
Lawat blog Mrs.Nurain SINI https://www.mrsnurain.com


Panggil sis ni Shu la...Syieda lah...biar dia terkenang kenangan zaman dia kanak². Haha suka makan, tapi nak kurus. Suka ayat tu. Apapun...semoga dimurahkan rezeki dan kebahagiaan keluarga sentiasa kekal.
Lawat blog Syieda SINI http://www.shuhaidasaad.com




Hi LZ. Hey gaisss...jangan lupa godek blog LZ. Anything you want to know is here okay hehe. Ya, blogging sangat menyeronokkan! Saya setuju itu. Semoga dimurahkan rezeki. :)
Lawat blog LZ SINI http://ladyinredplanner.blogspot.com


Wa...sambung belajar kat UUM. Belajar yang sungguh and anggaplah ia sebuah pengalaman paling manis. Usahakan seperti apa yang awak impikan. Semoga terus sukses. ;)
Lawat blog SINI http://blingblinglove.blogspot.com



Helo Sayidah. Comel jer blog awak. Nak panggil empunya blog ni si comel juga ke hehe. 147cm? Tapi dalam gambar profil blog Sayidah, saya dah fikirkan yang awak ni tinggi. Hehe jangan marah. Its okay, comel je.  Haha memang begitulah tu, mesti ada yang sangka masih budak sekolah menengah. Wa, kira hebat juga jadi tutor ni. Wa manyak hebat oh...haha, jodoh tak ke mana. Lawak lah Sayidah ni. Thanks sis. Amin...

Semoga terus sukses dan maju.
Lawat blog Sayidah SINI http://www.sayidahnapisah.com

DONE! ^_^
Kalau ada salah dan silap saya, maafkan saya. Thank you bloggers.❤

3 comments:

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^