Malam gaiss...kalau tak kuat, sila jangan baca ya. Amaran dah bagi tu, jadi dari korang lah nak dengar ke atau tak ehehe...
Sebenarnya, pengalaman ni
dah pernah saya rasa sebelum ni. Tapi hari ni, entah kenapa makin jadi penakut pula kita. Dah macam cacing ni, tak boleh nak duduk diam. Kalau dulu-dululah, rilek and santai saja saya. Tapi sekarang ni, haduuii...dari rumah saya alias sis ke kampung mentua ni. Boleh tahan jugalah jarak jauhnya. Naik motor dengan husband, malam malam lagi. Husband bukan main tenang je. Kita pula yang duduk belakang husband ni. Haisshh...macam-macam pulak dalam kepala saya ni. Mana lah tahu ada benda kat belakang tengah kejar ke...atau tumpang sekali naik motorsikal. Ish...ish...ish...
Asyik² toleh ke belakang. Jalan raya pula gelap. Kiri kanan hutan. Macam saya rasa dah tak selamat ni. Tengok tepi jalan raya, nampak pula bayang-bayang kita. Yang kat belakang saya ni pun haishh...ada pula bayang² kat belakang ni. Tapi pelik, makin tinggi pula bayang-bayang kat belakang saya. Tak tenteram saya dibuatnya. Apapun, saya cubalah fikir yang baik-baik. Mungkin ilusi je kot. Kesian husband, habis kena teriak suruh bawa laju sikit, kena cubit² haha..
Sampai kat rumah, husband cakap kat saya. "Mahu ikut lagi kah? Kita pulang malam-malam." sambil ketawa hihihi. Hmmm...
Apapun berdoa dan sentiasa berfikiran positif.
hahaha ..byk sgt tgok cerita hantu ni..sbb tu fikiran seram selalu hinggap di otak tu.. :)
ReplyDeletehttps://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html
Kikikihh..mungkin juga itu salah satu sebabnya haha :)
Delete