A Secret Journey: 3 cara nak kurus

18 February 2018

3 cara nak kurus

Hi back.
Hari ni search info sikit dekat Miss Google macam mana nak kurus. Dan setahu saya, ada 3 cara yang kita sudah sedia tahu macam mana nak kurus. Pertama diet seimbang, kedua exercise
| Workout, ketiga produk kurus. Keinginan untuk kurus itu selalunya adalah keinginan kaum wanita untuk sentiasa cantik. Tapi ada juga yang tidak kisah kan. Lelaki? Mungkin jugalah. Jangan pula ada ayat kata aku still gemuk walhal dirinya kurus. Itu horror. Wrong. Hehehe...sambung balik.




Source Google

1. Diet
Ok. Diet ni bukanlah bermaksud tidak makan sama sekali. Jangan cari penyakit hihi. Tetapi diet bermaksud amalan pengambilan makanan yang seimbang. Dulu pernah juga kata nak diet, tapi dalam fikiran ni. Diet maksud bagi saya ialah makan dalam kuantiti sedikit. Sama jugalah, saya kurangkan kalori makanan yang saya ambil kan tapi saya tak ikut masa hahaha. Apapun pengambilan makanan mengikut masa, contoh sarapan pagi...tengahari...petang dan malam kena tahu jumlah kalori yang sesuai diambil. Ikut berat badan orang tu juga. Mahu kurangkan berat badan, maksudnya korang kena kurangkan jumlah kalori makan minum yang kita ambil. Boleh rujuk, search dengan Miss Google lagi. Memang agak mencabar but this is the great idea to challenge urself. Right...usaha itu tangga kejayaan. Never Give up!


Source Google

2. Bersenam | Workout| Menari
Lain orang, lain cara. Masing-masing punya cara bagaimana nak keluarkan peluh dari tubuh badan. Ada yang go to bersenam. Ada yang bersenamrobik, berzumba, menari. Workout...pergi Gym bina badan. Tidak kiralah dengan apa cara sekali pun. Cara ni sangat penting dalam kehidupan manusia. Ya betul, cara ini adalah ubat yang murah (not available in Clinic or Hospital) dan berkesan bagi mengawal masalah kesihatan yang dihadapi. Sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari penyakit yang kita tidak mahu terjadi. Terutamanya bagi mereka yang semakin berusia.


Source Google

3. Produk Kurus
Ini saya tidak galakkan sebab saya sendiri pun takut kalau ada kesan sampingan pada diri kita apalagi di waktu usia makin lanjut. Bukan niat saya ingin memperburuk-burukkan produk ya. Hehehe...tapi elok kalau kita buat cara yang sihat dan selamat. Seperti yang kita tahu, sesetengah wanita di luar sana kini lebih gemar mengguna produk kurus. Ada yang dalam bentuk pil, cecair, produk berbahankan herba dan macam-macam lagi. Pastikan anda memilih yang betul-betul selamat atau mempunyai kelulusan KKM. Kebaikan yang diperoleh sangat memuaskan. Kalau diamalkan secara rutin, pasti bentuk badan yang menjadi idaman kita tercapai. Selalu nampak dekat TV ada testimoni yang berjaya.

Nah, itulah 3 cara macam mana nak kurus. Pilihan terletak di tangan anda sendiri, anda mampu mengubahnya. Percayalah, ada antara mereka di luar sana meletakkan impian yang sangat tinggi untuk kurus. Saya ucapkan selamat berjuang! :)

3 comments:

  1. Cikyan pon takut nak try produk kurus sbb takut ada bhn kimia. Seriusly cikyan pnah jumpa pesakit yg sakit buah pggang masa kje dlu. Dia sakit sbb dia mkn ubat kurus. Yela produk yg ada bhn kimia, mmg la bahaya.kit taktau kndungan. Baik la exercise atau kawal sndiri je. Tp tulaaa.. Hati tu kne sado la kan.. Hahahahahha

    ReplyDelete
  2. Cikyan pon takut nak try produk kurus sbb takut ada bhn kimia. Seriusly cikyan pnah jumpa pesakit yg sakit buah pggang masa kje dlu. Dia sakit sbb dia mkn ubat kurus. Yela produk yg ada bhn kimia, mmg la bahaya.kit taktau kndungan. Baik la exercise atau kawal sndiri je. Tp tulaaa.. Hati tu kne sado la kan.. Hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ye cikyan..betul tu, mesti kuat kalu nak exercise..

      Delete

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^