28 June 2021

Segmen : Jom Refresh Bloglist

Segmen dibuat oleh Blogger Nieza. Di kesempatan ini, saya menjoinkan diri manatau tercalon sebagai salah seorang ahli dalam Bloglistnya kan. Jomlah rakan blogger sekalian, kita join sambil tambah follower blog. hehe Klik SINI untuk join sekali

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Menjoinkan diri lagi sambil buang bosan. Lain dari lain segmen dia sebab suruh teka peribahasa. Mari kita main teka 😁😁 



 Ada 10 peribahasa

✔Bagai anjing dengan kucing = asyik bergaduh, selalu bergaduh kalau berjumpa.

12 June 2021

06 June 2021

Terapi mata dengan hobi baru

 Masa2 sekarang ni. Apa yang boleh di buat di rumah salah satunya mengumpul dan menanam anak- anak ni. Sukulen dan kaktus. Yang lain-lain kita share2 dulu.


Rak bunga khas untuk kaktus dan sukulen dibuat daripada hasil tangan Bapa Mentua. Berseni betul. Pertama kali dapat rak ni, memang happy ja. Salah satu hasil pendapatan si bapa ialah membuat rak2 bunga.


Ni kaktus Bulan / Moon Kaktus. Kaktus pertama yang dibeli sebelum ada penambahan di rak. Cantik pula. Tapi, satu colour ja dibeli. Haha. Masa tu belum cukup bajet.


Paling saya sayang ni Portulacaria Afra / Elephant Bush. Orang bilang boleh jadi bonsai kalau dia membesar jadi pokok renek. Satu ilmu saya dapat. Daun-daun warna pink ni bukan warna daun asal, ni sebab ada chemical reaction. Daun asal warna hijau ja. Akan bertukar warna daun lama2. Tidak sabar sendiri tengok perubahan dia. Saya belum pandai sangat jaga bunga yang ini. First try dia jadi arwah. Lepas tu, saya beli lagi sebab tidak puas hati. Harap yang kedua ni, dia tumbuh sihat .



Yang ni pula lithops. Bentuk macam otak. Ada juga orang panggil batu hidup. Terniat mau ada koleksi ni dalam bungaanku. Gambar ni bentuk Lithops saya yang baru saya terima. Buka2 saja parcel, semua Lithops badan berkedut. Ada yang mau salin kulit badan lagi ni.



Terus kita bagi terapi air ni Lithops. Esok2 tumbuh akar dan badannya kurang kedut. Sebenarnya, seronok juga ya bereksperimen dengan tumbuhan. Try and error saja.

Ni pun di eksperimen berkali-kali. Tapi, tidak pernah berjaya atau menjadi. Tidak tahu di mana yang salah. Mmmm...susah juga kasi beranak kasi bibit ni. Ada yang pandai propagate sukulen tak sini?



Ta raaa...


Ehh? Mini Garden mama mentua. Macam Nursery sudah. Ni pun dari kecil jadi besar sikit tempat ni. Semua rak hasil tangan si bapa mentua. Boleh santai sini sambil menenangkan fikiran. 


Dipenuhi betul dengan bunga keladi dan bunga ati-ati.


Bunga Mawar mama mentua yang bikin suka tengok hari-hari.


My Collection. Masih mengumpul..


Bunga Duit. Baru beli juga tapi id tidak tahu .
Mungkin id Peperomia kan?


My Callisia Repens...yang warna pink lady lagi belum ada koleksi. Cantik2 bah semua.



My Portulacaria Afra guna batu Lava Rock saja. Kesayangan betul ni. Haha


Sekian, nanti saya update lagi. 😊

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah


 Menarik GA dia kan. Jom meriahkan GA by Atiqah Najihah. Berlangsung hingga 20 Jun. Click Banner. 💓

15 May 2021

Serbu Blog Kesayangan

 Hai hai hai...ada yang rindu tengok blog saya? Hihi


Lama tidak buka kan. Sekarang saya tidaklah se aktif yang dulu². Suka ada blog tapi tidak tahu dan tidak ada idea langsung mahu dicoret apa disini. Oh ya...buat rakan blogger muslim, saya ucapkan Selamat Hari Raya! 0-0 ya. 😊


Ta-da