22 January 2018

Cara tingkatkan follower blog

Source Google
Hi...berdasarkan pemerhatian sendiri. Ada banyak sebenarnya cara macam mana nak up followers blog kita. Siapa yang tidak suka kalau banyak follower kan, sendiri pun suka kalau banyak. Ok sekarang masa untuk naikkan semangat yang hampir hilang.

1. Rajinkan diri blogwalking
Kena rajin datang lawat blog. Follow dan tinggalkan jejak. Kalau dilakukan secara rutin (macam tiada kerja lain pula haha), follower blog kita akan bertambah-tambah. Beza dia lambat atau cepat saja. Yang penting kena rajin usaha.

2. Mesti ada Chatbox atau Shoutbox
Saya rasa yang ini penting. Ada pengunjung blog ni suka tinggalkan link blog dorang kat situ. Sambil-sambil tu komen la sikit. Cara ini memudahkan tuan punya blog atau blogger lain follow kita balik. Satu lagi kelebihannya, mereka yang selalu tinggalkan jejak kat shoutbox atau chatbox ni antara blogger yang aktif. Confirm follow punya.

3. Ada Followers widget
Bila tekan gambar kecil follower yang ada kat widget tu (tidak tahu apa nak cakap tu haha), automatik akan keluar senarai blog yang dia pernah follow. Jadi, kena rajinkan diri sekali lagi terjah setiap satu blog. 

4. Contest, Segment, Giveaway
Salah satu cara sekarang bagaimana blog dia makin lama makin naik followers.
Caranya kita bolehlah buat contest/Segmen/Giveaway kita tu sendiri dengan meletakkan syarat utama iaitu mewajibkan follow blog penganjur. Jangan lupa hehehe hadiah mestilah menarik agar penyertaan mendapat sambutan. Lebih ramai yang join, lebih banyak peluang kita untuk tingkatkan follower. Selain itu, kita sendiri pun boleh juga join contest atau segmen yang blogger lain buat. Cara macam mana kita mendapat follower sambil-sambil berkenalan walaupun cuma dalam alam dunia maya.

5. Bloglist
Salah satu cara bagaimana blog kita dipromosi melalui Bloglist. Siapa yang blog dia ada dalam bloglist tu kira bertuahlah. Saya sendiri belum ada senarai blog lagi untuk dimasukkan dalam 'Bloglist' ni. Apapun pengunjung blog yang jenguk blog kita, semestinya akan godek2 terlebih dahulu. Sampailah jumpa senarai bloglist tu.

6. Join Group Blogger di FB
Dulu sebelum delete blog yang dulunya tu. Saya pernah juga join/jadi ahli dalam group Blogger di FB. Yang bagusnya kita dapat jumpa lebih ramai blogger lain. Paling saya suka, blogger doodle. Kira my fav lah. Ok sambung balik. Setiap hari, pasti ada yang postkan link blog dorang. Jadi, cara ini juga bagus untuk tambah follower.

Sekian sajalah entri kali ni. Semoga bermanfaat dan semoga saya kita lebih semangat. Opps! Baru teringat, follower sendiri baru nak up hihi...BTW, Good luck!

11 comments:

Gais...jangan lupa drop komen kamu! TQ^^